Thursday, December 2, 2010

Bas Ekspress Oh Bas Ekspress...

Salam Dari Penukil...

Boleh dikatakan setiap hari..ada saja kemalangan Bas Ekspress berlaku..tak kira lah bas yang famous atau tidak..tapi kenapa ye??Saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa peristiwa tentang perkhidmatan Bas Ekspress yang ditawarkan di MALAYSIA...mungkin sedikit sebanyak peristiwa ini boleh menjejas nama baik negara,jika ada pelancong asing yang menggunakan perkhidmatan Bas Ekspress...
  • MASUK JE PAGAR TERMINAL BAS...ULAT TIKET MULA DATANG.. 
Amat merimaskan apabila ramai ulat tiket yang mengerumi sewaktu melangkah masuk kedalam terminal...
"Abang! Nak g mana ?KL ada, Pahang ada..!!"lebih kurang macam ni la bunyinye...penah aku jawab
"KL pun tak mau..Pahang pun tak mau..SAYA NAK G TANDAS..kena Beli tiket gak ker??"..ha..ha... 

  • BANYAK GILER KAUNTER TIKET..NAK PILIH YANG MANA???
Sewaktu nak beli tiket pastikan pilih kaunter yang betul..n pilih bas yang betul...banyak orang dah terkena dengan kaunter tiket PENIPU..sanggup menipu untuk kepentingan sendiri..nanti duit yang dapat..bagi makan anak bini..apa kejadahnya..nanti mulala anak jadi bukan-bukan..ada cucu haram,,cicit bohsia n sebagainya..;lantak korang nak tipu..keturunan korang jadi lintang pukang...
Pernah penukil kena tipu dengan kaunter..bila ditanya bas akan berhenti dimana saja..sbb ditanya..agar cepat sampai di kampung...selalunya..bas akan berhenti dibanyak tempat untuk mengambil dan menurunkan penumpang..jadi makcik kaunter tu jawab.."Tak banyak KL n Ipoh saje"...tau apa yg jadi??bukan takat ipoh je..semua tempat dye masuk....Kebanyakkan kaunter tiket ni Penipu je lebih...
  • INIKAH NEGARA ISLAM YANG MAJU DAN SELAMAT??? 
 Jika perjalanan jauh..maka lambat lah tiba di destinasi..jika anda bertolak pagi mungkin malam atau petang baru tiba..jika bertolak malam ..mungkin pagi baru tiba...jadi waktu solat bukan clash dengan perjalanan anda..Islam agama yang fitrah dan mudah..untuk musafir ada kaedah solatnya..tapi KEBANYAKKAN pemandu bas TAK BERHENTI BAS MEREKA untuk bersolat..adoih..jika pemandu itu nak cepatpun..tanggungjawabnya kepada agamanya bagaimana????tanggungjawabnya kepada penumpang muslim bagaimana??..Jadi terpaksalah saya solat sambil duduk seperti pernah dilakukan di luar negara...Yang peliknya..malaysia Negara Islam..tapi hal yang kecik ni tak dititik beratkan..patutlah banyak berlaku KEMALANGAN BAS..SABAN HARI ADA JE KEMALANGAN..mungkin ini balasan ALLAH..ada gak bas YANG TERBAKAR seperti di KUALA LUMPUR KELMARIN...hmm..
Sudahlah abaikan tanggungjawabnya..pemandu bas tu bawa bas macam nak take off kapal terbang je..laju gle...Hm..BERTIMBANG RASA LER SIKIT..INGAT PENUMPANG..ITU TANGGUNGJAWAB ANDA...

RAYUAN SEORANG PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS EKSPRESS..

  • Tolanglah bawa bas dengan cermat..
  • Tolonglah berhenti untuk solat ...
  •  Kerajaan...tolonglah hapuskan ULAT TIKET dengan PENGUATKUASAAN YANG SERIUS
  • Selaraskan semua kaunter tiket..kurangkan agen2 yang tak berguna!!
  • Tolong jaga kebajikan penumpang anda...

Sekian...