Tuesday, November 30, 2010

ISTILAH HARI INI:TAK KENAL MAKA TAK CINTA!!!
Siapa minat membaca??apa kaitan membaca dan cinta??baca novel jiwang ke??hmm..sy pun minat gak membaca tapi tgk gak r jenis buku..dalam banyak2 buku yang dibaca..ada sebuah buku yang menyentuh kalbu,.Ia buku kerohanian..kebiasaannya, orang akan boring dengan buku-buku macam ni kerana, nak enjoy dlu!!ha3..Buku yang saya maksudkan ialah.....jeng3...


Kome semua tahu tak??
Buku ni lain dari yang lain...pada asalnya, saya was-was untuk beli buku dari penulis ini kerana sebab tertentu...tapi akhirnya, Satu perasaan yang menyasikkan dan terpegun menyelebungi hati. Kerana saya baru sedar penulis buku ini, bukan sebarangan orang. Setiap topik-topiknya, berkait dan penulis mengolah isi-isi penting dengan begitu mendalam dan 'smooth' seperti bunga yang sedang berkembang...Ia terangkan satu persatu...Masya Allah, saya rasa penulis ini orang yang sangat berilmu..

 Tuan Guru Nik Aziz, mengolah isi-isinya dengan berpandukan Al-Quran dan mengaikannya dengan isu-isu semasa,yang sudah pasti membuka mata dan hati kita...
Saya Cabar Anda semua untuk Baca Buku ini..Bukan tujuan untuk promosi!! tetapi untuk berkongsi..
Sekarang saya beli buku yang lain iaitu,
dapatkannya di pasaran

 Seperti buku sebelum ini, penerangan penulis begitu mendalam dan ada kebenarannya pada setiap bait-bait katanya..

          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKKAN DARI BUKU HIDAYAH
Tidak ada bangsa,tidak ada kumpulan manusia di dunia ini yang Allah SWT lakukan penyeksaan tanpa mengirimkan risalah terlebih dahulu kepada mereka. Tiap-tiap umat diberikan Allah SWT rasul masing-masing.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.                                  
                                                                                                                                                         Al-Mu'min(78)
          
Sebab itu menurut orang, sama ada betul atau tidak, boleh jadi suatu masa dahulu Buddha ini juga seorang nabi ataupun rasul. TETAPI, dengan sebab penyelewengan yang berlaku di kalangan pengikutnya maka akhirnya mereka memujanya seperti tuhan sebagaimana Allah SWT sebutkan dalam Surah Nuh:
Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd dan Suwaa` dan Yaghuth dan Ya`uuq, serta Nasr. (23)
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

KISAH RAJA AFRIKA...

Pada zaman dahulu kala di negeri Afrika, terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama.
Raja Afrika tersebut mempunyai seorang sahabat rapat bernama Koami.
Koami mempunyai satu sifat yang sungguh unik iaitu Koami suka melihat setiap perkara yang berlaku (positif mahupun negatif) dalam hidupnya sebagai sesuatu yang baik dengan mengucapkan, "Ini sungguh bagus."
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Afrika mengajak Koami pergi memburu di dalam hutan.
Sepertimana kebiasaan, Koami menyediakan peralatan untuk memburu seperti senapang, peluru, makanan dan lain-lain.
Entah bagaimana, Koami terlupa untuk memeriksa senapang tersebut samada masih elok atau tidak.
Ketika di dalam hutan, Raja Afrika melihat kelibat seekor rusa jantan di celah-celah semak, dengan pantas Raja Afrika menembak menggunakan senapang yang dibawa oleh Koami.
"Pom!!"
Senapang tersebut meletup dengan sangat kuat apabila picunya ditekan.
Akibatnya Raja Afrika kehilangan ibu jari kanan kerana letupan senapang tersebut dan menjerit-jerit menahan kesakitan.
Tiba-tiba terkeluar daripada mulut Koami, "Ini sungguh bagus."
Bagaikan terbakar telinga Raja Afrika apabila mendengar kata-kata Koami itu dan berkata dengan marahnya, "Bodoh!!!, Ini tidak bagus. Pengawal! Kurung Koami di dalam penjara seumur hidup..."
Setelah setahun berlalu, pada suatu hari Raja Afrika bersama beberapa orang pengawal keluar memburu di dalam hutan.
Alangkah malangnya nasib Raja Afrika tersebut kerana terserempak dengan Puak Madura yang suka memakan daging manusia.
Raja Afrika dan pengawal-pengawal ditangkap dan diperiksa seorang demi seorang bagi memastikan manusia buruan mereka sempurna tubuh badan.
Apabila melihat Raja Afrika tidak memiliki ibu jari kanan, Puak Madura tersebut melepaskan Raja Afrika tersebut kerana pada kepercayaan Puak Madura, manusia yang tidak sempurna tubuh badan sempurna akan menjadi sumpahan jika dimakan.
Betapa bersyukurnya Raja Afrika tersebut kerana selamat daripada dimakan oleh Puak Madura itu.
Barulah Raja Afrika sedar bahawa benarlah kata-kata sahabat rapatnya Koami, "Ini sungguh bagus."
Ketika peristiwa Raja Afrika kehilangan ibu jarinya setahun yang dulu.
Raja Afrika memerintahkan supaya Koami dilepaskan dan Raja Afrika dengan rendah diri memohon maaf di atas tindakannya mengurung Koami di dalam penjara.
Tetapi Koami tiba-tiba berkata, "Ini sungguh bagus."
Terkejutnya Raja Afrika mendengar kata-kata itu dan bertanya, "Mengapa pula sungguh bagus?"
Dengan selamba Koami menjawab, "Jika Tuanku tidak mengurung patik, sudah tentu patik bersama-sama Tuanku pergi memburu dan bertemu dengan Puak Madura itu dan akhirnya patik akan mati di makan Puak Madura itu."
Raja Afrika hanya duduk terpaku memikirkan kebenaran kata-kata Koami tersebut.



                                                                                                        sumber:http://www.iluvislam.com